Sarawak Mula Menguji Perkhidmatan Bas Hidrogen Comments Off on Sarawak Mula Menguji Perkhidmatan Bas Hidrogen

Perkhidmatan pengangkutan awam di Sarawak kini mula menggunakan bas berkuasa hidrogen, menjadikan ia yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Naib Pengerusi DAP Sarawak, Wong King Wei berkata, “Pengenalan perkhidmatan bas yang digerakkan dengan teknologi bahan api hidrogen di Sarawak meletakkan negeri itu sebagai medan eksperimen.

Kita ada banyak lagi teknologi lain, seperti teknologi enjin diesel yang lebih bersih yang dikenali sebagai Euro5. Lain-lain negara menggunakan bas-bas berkuasa elektrik yang lebih popular dan biasa digunakan berbanding bas berkuasa hidrogen.

Tambah beliau, teknologi yang cuba dipromosikan kerajaan negeri itu sebenarnya masih baru dan kurang popular di seluruh dunia.

“Oleh itu tidak salah jika saya katakan Sarawak ini adalah medan ujian kepada bas (teknologi) hidrogen,” katanya kepada media semalam.

Wong King Wei yang juga ADUN Padungan turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri perlu mendedahkan jumlah kos keseluruhan pelaksanaan projek itu.

Perkhidmatan bas daripada kuasa nitrogen yang dilancarkan pada Selasa lalu kini beroperasi setiap hari di dua laluan sekitar Kuching dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend