SanDisk Dan Micron Umum Kad MicroSD Sebesar 1TB Comments Off on SanDisk Dan Micron Umum Kad MicroSD Sebesar 1TB 265

Dua nama besar dalam industri produk memori kilat, SanDisk dan Micron baru-baru ini telah mengumumkan penawaran kad microSDXC 1TB tidak lama lagi. Menurut dua syarikat ini, ia merupakan kad microSD yang terbesar pernah dikeluarkan buat masa ini.

Dua kad ini mempunyai perbezaan pada kelajuan yang mana Micron mampu membaca data pada kelajuan 100MB/s dan menulis pada kelajuan 95MB/s. Sementara pada kad SanDisk pula, kelajuan membaca adalah 160MB/s selain menulis pada kelajuan 90MB/s.

Kedua-dua kad yang direka untuk kegunaan media dan aplikasi ini turut menyokong rakaman video 4K yang pantas.

SanDisk telah membuka tempahan awal kad 1TB ini pada harga $499.99 (~RM2,036), manakala Micron tidak mengumumkan harga untuk kad 1TB mereka. Bagaimanapun dua kad ini tersedia di pasaran bermula April 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend