Samsung Wireless Charger Duo Mula Tertiris, Mampu Mengecas Galaxy Note 9 Dan Galaxy Watch Secara Serentak Comments Off on Samsung Wireless Charger Duo Mula Tertiris, Mampu Mengecas Galaxy Note 9 Dan Galaxy Watch Secara Serentak

Baru tadi kami ada mendedahkan ketirisan rekaan Samsung Galaxy Note 9, nampaknya individu yang kerap berkongsi berita ketirisan peranti terbaru di laman Twitter iaitu Roland Quandt telah mendedahkan pula aksesori terbaru yang akan diperkenalkan oleh Samsung tidak lama lagi.

Berbeza dengan aksesori pengecasan tanpa wayar keluaran Samsung sebelum ini, Samsung Wireless Charger Duo yang tampil dengan nama model EP-N6100 ini mampu mengecas dua peranti iaitu Galaxy Note 9 dan juga Galaxy Watch secara serentak. Malah ia juga dipercayai mampu mengecas dua telefon pintar.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan pada kotak pembungkusan, ia turut menyokong fungsi dwi pengecasan pantas tanpa wayar dan ia sesuai digunakan untuk peranti dengan sokongan teknologi Qi. Apa yang menariknya, fungsi pengecasan pantas pada aksesori terbaru dari Samsung ini mampu menyokong output sehingga 25W.

Samsung Wireless Charger Duo sebelum ini dikhabarkan akan dijual pada harga £55 (kira-kira RM293) dan ia akan diumumkan secara rasmi di dalam majlis pelancaran yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend