Samsung Umum Sensor ISOCELL Lebih Nipis Khusus Untuk Kamera Depan Di Dalam Skrin Comments Off on Samsung Umum Sensor ISOCELL Lebih Nipis Khusus Untuk Kamera Depan Di Dalam Skrin

Lubang kamera pada skrin dilihat menjadi satu trend yang semakin diterima oleh kebanyakan pengeluar sejak hujung tahun 2018 lagi, bahkan trend rekaan sebegini dipercayai akan terus meningkat sepanjang tahun 2019 nanti.

Rekaan konsep Samsung Galaxy S10 memperlihatkan sokongan kamera depan di dalam skrin.

Menyedari akan peluang tersebut, Samsung baru-baru ini telah mengumumkan kemunculan sensor kamera ISOCELL Slim 3T2 untuk memenuhi keperluan industri pembuatan telefon pintar. Memiliki ukuran sensor sebesar 1/3.4 inci (bersamaan dengan diagonal 5.1mm) dan juga saiz piksel 0.8μm, ia merupakan sensor imej terkecil pernah dihasilkan.

Disasarkan untuk telefon pintar kelas pertengahan, ISOCELL Slim 3T2 yang hadir dengan sokongan teknologi Samsung ISOCELL Plus ini mampu menawarkan resolusi 20MP untuk kamera depan ataupun belakang. Saiz fizikalnya yang kompak ini sudah tentunya sesuai digunakan pada peranti dengan rekaan kamera depan di dalam skrin.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend