Samsung Umum Penghasilan RAM 8GB LPDDR4X Generasi Kedua Untuk Telefon Pintar Flagship Comments Off on Samsung Umum Penghasilan RAM 8GB LPDDR4X Generasi Kedua Untuk Telefon Pintar Flagship

Samsung bukan sahaja terkenal sebagai sebuah pembangun telefon pintar antara yang terbaik di pasaran, tetapi ia juga sebenarnya merupakan sebuah syarikat yang komited dalam memperkenalkan komponen penting untuk telefon pintar. Ini terbukti dengan projek terbarunya dalam menghasilkan panel OLED fleksibel yang menjanjikan ketahanan yang sangat baik daripada hentakan.

Samsung Galaxy S9+ sebelum ini hanya menyokong RAM LPDDR4X generasi pertama dengan kapasiti 6GB sahaja.

Nampaknya Samsung baru-baru ini telah mengumumkan satu lagi berita menarik berhubung penghasilan besar-besaran RAM 8GB LPDDR4X generasi kedua yang pertama dalam industri. Dibangunkan daripada 10nm-class (1y), RAM terbarunya ini menjanjikan penggunaan tenaga yang lebih efisien.

Jika dibandingkan dengan RAM generasi sebelum ini yang berasaskan 10nm-class (1x), RAM terbaru dari Samsung ini  mampu mengurangkan 10% penggunaan tenaga. Walau bagaimanapun, ia masih mampu mengekalkan kadar kelajuan yang sama iaitu pada 4,266Mb/s.

Selain diperkenalkan dalam kapasiti 8GB untuk telefon pintar flagship, RAM LPDDR4X generasi kedua ini akan turut diperkenalkan dalam kapasiti 4GB dan juga 6GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend