Samsung Umum 6 Model Baharu Termasuk Galaxy A71 5G Dan Galaxy A51 5G Untuk Pasaran AS Comments Off on Samsung Umum 6 Model Baharu Termasuk Galaxy A71 5G Dan Galaxy A51 5G Untuk Pasaran AS

Samsung Electronics America Inc. baru-baru ini telah mengumumkan enam model terbaharu daripada siri Galaxy A untuk pasaran Amerika Syarikat (AS). Melalui siri Galaxy A baharu ini, Samsung memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu ketahanan bateri, kualiti kamera dan juga saiz skrin yang besar.

Galaxy A01

Galaxy A01 merupakan model paling rendah antara keenam-enam model yang dilancarkan ini menampilkan sokongan skrin berukuran 5.7 inci HD+ dengan rekaan takuk jenis Infinity-V.

Ia turut dilengkapi dengan dwi kamera beresolusi 13MP + 2MP (Depth), kamera depan 5MP, dan juga bateri berkapasiti 3000mAh. Galaxy A01 akan dijual bermula 9 April pada harga USD109.99 (~RM477).

Galaxy A11

Bagi pengguna yang mahukan skrin lebih besar, Galaxy A11 didatangkan dengan skrin 6.4 inci HD+ Infinity-O. Keupayaannya penggambarannya turut dipertingkatkan dengan tiga kamera yang terdiri daripada lensa Wide, Ultra Wide dan Depth.

Galaxy A11 yang menyokong ruang storan sebesar 32GB dan bateri berkapasiti 4000mAh ini akan dijual bermula Jun 2020 pada harga USD179.99 (~RM780).

Galaxy A21

Galaxy A21 menampilkan rekaan moden dengan lubang kamera pada skrin yang berukuran 6.5 inci HD+ Infinity-O. Ia turut tersedia dengan kuad kamera utama beresolusi 16MP dan juga lensa tambahan yang terdiri daripada lensa Ultra Wide, Depth dan juga Macro.

Dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4000mAh, ia boleh dicas dengan lebih cepat menggunakan teknologi pengecasan pantas 15W. Galaxy A21 akan dijual pada harga USD249.99 (~RM1,083) bermula Jun 2020.

Galaxy A51 LTE

Untuk pengetahuan, model Galaxy A51 LTE ini telahpun dijual secara rasmi untuk pasaran di Malaysia. Namun begitu, model Galaxy A51 LTE untuk pasaran di AS didatangkan dengan kapasiti RAM lebih kecil iaitu 4GB.

Spesifikasi lain masih sama iaitu skrin Infinity-O berukuran 6.5 FHD+ Super AMOLED, kuad kamera 48MP + 12MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro) + 5MP (Depth), bateri 4000mAh dan storan 128GB. Ia akan dijual bermula 9 April pada harga USD399.99 (~RM1,736).

Galaxy A51 5G & Galaxy A71 5G

Sama seperti model Galaxy A51 dan Galaxy A71 yang dijual di Malaysia, kedua-dua model ini telah ditingkatkan keupayaan sambungannya untuk sokongan rangkaian 5G yang lebih laju, dan akan memastikan permainan mudah alih yang lebih lancar tanpa isu lag.

Galaxy A51 5G akan dijual pada harga USD499.99 (~RM2,169) dan Galaxy A71 5G pula berharga USD599.99 (~RM2,603). Kedua-dua model ini akan dijual bermula Jun 2020.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend