Samsung Tutup Sementara Kilang Pengeluaran Telefon Pintar Di India Berikutan COVID-19 Comments Off on Samsung Tutup Sementara Kilang Pengeluaran Telefon Pintar Di India Berikutan COVID-19

Samsung baru-baru ini telah mengumumkan akan menutup sementara kilang pengeluaran telefon pintar di India berikutan isu penularan COVID-19. Keputusan ini juga dibuat bagi memenuhi arahan kerajaan India dalam usaha membendung virus tersebut.

Menurut perkongsian oleh portal ZDNet, Samsung akan menutup sementara operasi kilangnya yang terletak di Noida, India sehingga 25 Mac ini.

Berdasarkan laporan terkini, India kini mencatatkan 425 kes aktif positif COVID-19. Namun begitu Samsung akan berusaha untuk terus memastikan bekalan produknya tidak akan terganggu disebabkan oleh keputusan yang dibuat ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend