Samsung Tutup Sementara Kilang Galaxy Z Flip Berikutan Ada Pekerjanya Positif Virus COVID-19 Comments Off on Samsung Tutup Sementara Kilang Galaxy Z Flip Berikutan Ada Pekerjanya Positif Virus COVID-19

Sebelum ini kita sudahpun sedia maklum tentang berita pembatalan acara tahunan MWC 2020 berikutan isu COVID-19 (Coronavirus). Bahkan kebanyakan pengeluar terpaksa mengambil pendekatan membuat majlis pelancaran secara maya melalui penstriman langsung.

Terbaharu, Samsung dilaporkan terpaksa menutup kilangnya pembuatan Galaxy Fold dan juga Galaxy Z Flip di Korea Selatan sehingga 24 Februari, berikutan terdapat kes positif COVID-19 di kalangan pekerjanya.

Malah kakitangan di kilang itu juga tidak dibenarkan berada di tingkat yang berlakunya kes jangkitan itu sehinggalah 25 Februari 2020 ini.

Bahkan menurut Samsung, pekerja yang ada berhubung secara terus dengan pekerja yang positif COVID-19 juga telah diletakkan dalam kuarantin, dan akan diuji sama ada terkena jangkitan virus itu ataupun tidak.

Penutupan kilang ini secara tidak langsung sudah tentunya akan memberi impak besar terhadap penghasilan model Samsung Galaxy Fold yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend