Samsung Telah Membeli Syarikat Yang Membangunkan Enjin Carian AI Bagi Mempertingkatkan Bixby Comments Off on Samsung Telah Membeli Syarikat Yang Membangunkan Enjin Carian AI Bagi Mempertingkatkan Bixby

Pembelian sesebuah syarikat oleh satu syarikat yang lain merupakan satu senario yang sering berlaku dalam perniagaan. Ada sesetengah syarikat berbuat demikian dengan tujuan untuk mengukuhkan atau memperbaiki perniagaan ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi ada juga syarikat yang membeli syarikat pesaingnya semata-mata untuk menutup terus persaingan yang ada.

Nampaknya Samsung baru-baru ini telah membuat pembelian 100% pegangan saham sebuah syarikat yang membangunkan enjin carian AI (Kecerdasan Buatan) dengan tujuan yang lebih baik. Pembelian syarikat Kngine oleh Samsung pada 6 Mac yang lepas dikatakan demi mempertingkatkan keupayaan Bixby.

Samsung membuat keputusan ini berikutan kehebatan penyelesaian mudah alih berasaskan AI merangkumi ciri deep learning yang dilihat boleh memahami soalan dan mampu kemampuannya untuk menjawab soalan tersebut.

Kngine ditubuhkan di Mesir pada tahun 2013 dan enjin carian yang dibangunkan ini dikatakan berfungsi seperti otak manusia. Ia mampu membaca artikel di web, memahami kandungannya, sentiasa mengemaskini maklumat tersebut dan dalam masa yang sama akan memperluaskan pangkalan pengetahuannya secara automatik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend