Samsung Tawar Diskaun Sehingga RM530 Untuk Tujuh Tablet Keluarannya Sempena Bulan Kemerdekaan Comments Off on Samsung Tawar Diskaun Sehingga RM530 Untuk Tujuh Tablet Keluarannya Sempena Bulan Kemerdekaan

Bersempena meraikan bulan kemerdekaan yang kini memasuki tahun yang ke-61, Samsung Malaysia Electronics telah menyambutnya dengan menganjurkan ‘Kempen Promo Galaxy Tab Merdeka’ untuk pengguna di negara ini.

Kempen yang dianjurkan bermula dari 10 hingga 31 Ogos 2018 ini akan menjanjikan potongan harga sehingga RM530 untuk tujuh model tablet terpilih keluaran Samsung. Sepanjang tempoh promosi ini diadakan, pengguna yang berminat boleh mendapatkan mana-mana model tablet sama ada siri Tab A ataupun siri Tab S pada harga yang lebih murah.

Senarai model Galaxy Tab dengan potongan harga:

  • Galaxy Tab S3 (9.7″) – RM2,829 RM2,299 (↓ RM530)
  • Galaxy Tab S2 (9.7″) – RM1,879 RM1,599 (↓ RM280)
  • Galaxy Tab S2 (8.0″) – RM1,599 RM1,399 (↓ RM200)
  • Galaxy Tab A (10.1″) dengan S Pen – RM1,499 RM1,299 (↓ RM200)
  • Galaxy Tab A (8.0″) – RM1,129 RM959 (↓ RM170)
  • Galaxy Tab A (8.0″) dengan S Pen – RM1,029 RM899 (↓ RM130)
  • Galaxy Tab A (7.0″) – RM659 RM559 (↓ RM100)

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Kempen Promo Galaxy Tab Merdeka’, sila layari https://www.samsung.com/my/offer/mobile/tablet-merdeka/.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend