Samsung Tandatangan Perjanjian Eksklusif Dengan Pembekal Ultra Thin Glass Comments Off on Samsung Tandatangan Perjanjian Eksklusif Dengan Pembekal Ultra Thin Glass

Samsung dilaporkan telah menandatangani satu perjanjian eksklusif dengan Dowoo Insis untuk Kaca Ultra Nipis (UTG) yang mana akan digunakan pada telefon pintar boleh-lipat masa hadapan. Kerjasama eksklusif ini bermaksud Dowoo hanya akan membekalkan UTG kepada Samsung sahaja dan bukan kepada pengeluar lain.

Menurut data, syarikat ini menghasilkan sekitar 500,000 unit UTG setiap bulan. Kaca tersebut dipercayai sangat nipis dengan ketebalan kurang dari 100µm atau lebih tepat, setebal 30µm (lebih nipis dari sehelai rambut). Difahamkan, kaca yang nipis ini mempunyai daya tahan yang lebih baik daripada plastik polimaid yang digunakan pada Galaxy Fold.

Dowoo Insis telah menerima pelaburan sebanyak KRW 12 bilion (~RM42 juta) daripada Samsung Venture Investment sebagai sebahagian daripada perjanjian eksklusif ini. Kontrak dipercayai akan berterusan untuk jangka masa panjang dan Samsung juga bakal menyuntik lebih banyak dana kepada Dowoo untuk membolehkan tahap pengeluaran ditingkatkan.

Terdahulu, Samsung mensasarkan penjualan telefon pintar boleh-lipat sebanyak 5-6 juta unit pada tahun hadapan. Ini bermakna Dowoo juga perlu memenuhi permintaan bekalan atau pengeluaran peranti tersebut akan terbantut.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend