Samsung Sudah Bersedia Dengan Kamera 5x Zum Optikal Untuk Telefon Pintar Comments Off on Samsung Sudah Bersedia Dengan Kamera 5x Zum Optikal Untuk Telefon Pintar

Buat masa ini, telefon pintar dengan kamera 5x zum optikal hanya terdapat pada Huawei P30 Pro dan Oppo Reno 10X. Untuk Samsung pula, teknologi tersebut kini sedang dilaksanakan dan mereka sudah bersedia untuk melancarkannya pada telefon pintar mercu akan datang. Menurut khabar angin, Samsung akan meletakkannya pada Galaxy Note 10.

Sensor kamera ini dikatakan mempunyai ketebalan 5mm berbanding 6mm pada sensor terdahulu, sekaligus menjadikan ia kurang menonjol dari permukaan panel peranti. Di dalamnya pula, konsep yang digunakan adalah lebih kurang sama seperti P30 Pro cuma bentuk lensa adalah segi empat dan bukan bulat. Modul ini disusun secara menegak bagi membantu mengurangkan ketebalan modul itu sendiri.

Samsung telah menyediakan beberapa sampel gambar yang diambil daripada sensor terbaru ini, ia menunjukkan kebolehan 2x zum dan 5x zum. Dengan teknologi ini, kita bakal melihat keupayaan fotografi yang lebih baik pada telefon pintar Samsung terutamanya siri-Note tahun ini.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend