Samsung Sasar Penghantaran 2.5 Juta Unit Galaxy Flip Z Tahun Ini Comments Off on Samsung Sasar Penghantaran 2.5 Juta Unit Galaxy Flip Z Tahun Ini

Menurut laporan dari media Korea, Samsung menjangkakan untuk menghantar 2.5 juta unit telefon boleh lipat Samsung Galaxy Z Flip pada tahun ini. Pembuat telefon tersebut juga dipercayai telah mempunyai 500,000 unit Galaxy Z Flip di gudang mereka dan akan memasang lagi 2 juta unit sekiranya permintaan pasaran memerlukannya.

Jangkaan itu adalah lebih tinggi berbanding Galaxy Fold pada tahun lalu iaitu antara 400,000 ke 500,000. Samsung nampaknya yakin dengan penjualan telefon boleh lipat pada kali ini memandangkan ia akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding Galaxy Fold.

Khabarnya, Galaxy Flip Z akan dijual dengan harga 1.5 juta Won (~RM5260), 40 peratus lebih murah daripada telefon boleh lipat pertama Samsung.

Galaxy Flip Z akan dilancarkan bersama Galaxy S20, Galaxy S20+, dan Galaxy S20 Ultra dalam acara Samsung Unpacked esok.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend