Samsung Perkenalkan Aplikasi 3D Scanner Untuk Galaxy Note10+ Comments Off on Samsung Perkenalkan Aplikasi 3D Scanner Untuk Galaxy Note10+

Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ kini boleh dimiliki di Malaysia pada harga bermula RM3699. Ianya peranti terbaru untuk pengguna di luar sana yang mahukan telefon berspesifikasi tinggi. Galaxy Note10+ juga telah diiktiraf sebagai telefon pintar berkamera paling baik yang ada di pasaran setakat ini.

Untuk meraikan kejayaan ini, Samsung telah melepaskan aplikasi terbaru untuk pengguna Galaxy Note10+. Aplikasi ini dipanggil 3D Scanner yang mana membolehkan pengguna mencipta imej 3D dengan mengimbas objek dalam dunia sebenar.

Memandangkan aplikasi ini memerlukan kamera 3D ToF, ia juga boleh digunakan pada peranti Galaxy A80 dan S10 5G tanpa sebarang masalah.

Baca: [Ulasan] Samsung Galaxy A80, Peranti Premium Dengan Kamera Berputar

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui gedung Samsung Galaxy Store pada peranti dan seterusnya boleh digunakan menerusi Bixby Vision atau aplikasi kamera.

Untuk mendapatkan imej 3D yang sempurna, pengguna perlu mengimbas objek dari setiap sudut tanpa ada sebarang objek lain di sekeliling. Malah, Samsung turut mengesyorkan objek yang ingin diimbas hendaklah berukuran antara 20 ke 80cm.

Imej 3D yang berjaya diimbas juga boleh digunakan untuk GIF dan dikongsikan dalam aplikasi permesejan.

melalui

Baca juga:

[Pra Pandang] Samsung Galaxy Note 10 / Note 10+, Ini Ciri Menarik Yang Kami Suka

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend