Samsung Perkenal Teknologi ISOCELL Plus Untuk Memperbaiki Penggambaran Dalam Persekitaran Gelap Comments Off on Samsung Perkenal Teknologi ISOCELL Plus Untuk Memperbaiki Penggambaran Dalam Persekitaran Gelap

Penggambaran di dalam persekitaran gelap atau kurang cahaya sememangnya agak mencabar untuk sebuah peranti bersaiz kompak seperti telefon pintar. Namun dari masa ke semasa, batasan itu sedikit sebanyak telah berjaya diperbaiki dan ini dapat dilihat melalui pelbagai kaedah termasuklah perkakasan fizikal dan perisian dengan bantuan AI.

Baru-baru ini Samsung telah memperkenalkan teknologi ISOCELL Plus yang dikatakan mampu memperbaiki penggambaran dalam persekitaran gelap jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Kejayaan teknologi terbaru ini berjaya dicapai oleh Samsung hasil kolaborasi dengan Fujifilm.

Kamera dengan sokongan teknologi ISOCELL Plus (atas) menjanjikan hasil gambar yang jauh lebih terang berbanding teknologi ISOCELL (bawah). Kredit gambar: Engadget

ISOCELL Plus dikatakan 15% lebih sensitif terhadap cahaya, walaupun memiliki saiz piksel yang sama seperti generasi sebelum ini. Selain itu, teknologi terbaru ini juga dikatakan mampu menghasilkan gambar yang lebih jelas dengan kejituan warna yang lebih baik. Samsung mungkin akan memperkenalkan teknologi ini pada Galaxy Note 9 pada Ogos tahun ini, atau mungkin juga Galaxy S10 pada suku pertama tahun 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend