Samsung Perkenal Exynos 9820 Berasaskan 8nm Dengan Cip Dedikasi NPU Dan Rakaman Video 8K Comments Off on Samsung Perkenal Exynos 9820 Berasaskan 8nm Dengan Cip Dedikasi NPU Dan Rakaman Video 8K

Hari ini Samsung secara rasminya telahpun melancarkan pemproses terbaharunya yang akan digunakan oleh Samsung Galaxy S10 pada awal tahun 2019 nanti.

Berbeza dengan Exynos 9810 yang digunakan pada siri Galaxy S9 dan juga Galaxy Note 9, pemproses Exynos 9820 menggunakan proses fabrikasi 8nm LPP (FinFET). Menurut Samsung pemproses terbaharunya itu mampu mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 10% jika dibandingkan dengan proses 10nm pada Exynos 9810.

Apa yang lebih istimewa tentang Exynos 9820 adalah sokongan cip dedikasi NPU (Neural Processing Unit) yang akan digunakan untuk memproses tugasan berkaitan AI (Kepintaran Buatan). Melalui sokongan NPU ini, segala tugasan berkaitan AI sehingga tujuh kali lebih pantas berbanding sebelum ini.

Cipset Exynos 9820 ini juga diintegrasikan dengan CPU generasi keempat yang memiliki dua teras Custom, dua teras Cortex-A75 dan empat teras Cortex-A55. Ini secara tidak langsung menjanjikan prestasi multi-core meningkat sehingga 15%, prestasi single-core sehingga 20% dan penjimatan tenaga sehingga 40%.

Selain itu, Exynos 9820 juga menyokong modem LTE-Advanced Pro dengan LTE Cat.20 yang menjanjikan kelajuan muat turun sehingga 2.0Gbps, GPU Mali-G76 MP12 dengan peningkatan prestasi sehingga 40%, keupayaan rakaman video 8K serta 4K UHD pada 150fps, dan juga sokongan dwi kamera sehingga 16MP.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend