Samsung Perkenal Aplikasi Navigasi Skrin ‘One Hand Operation+’ Di Play Store Khusus Untuk Peranti Samsung Comments Off on Samsung Perkenal Aplikasi Navigasi Skrin ‘One Hand Operation+’ Di Play Store Khusus Untuk Peranti Samsung 332

Sekiranya anda ingin mencuba sistem navigasi skrin menggunakan kawalan mudah untuk digunakan dengan sebelah tangan, Samsung baru-baru ini telah mula memperkenalkan aplikasi ‘One Hand Operation+’ untuk semua peranti keluarannya.

Aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store ini walau bagaimanapun hanya sesuai untuk digunakan untuk telefon pintar keluaran Samsung sahaja. Apabila aplikasi ini diaktifkan, butang kawalan tipikal Android seperti Back, Home, Recent apps dan Menu boleh diakses dengan menggunakan kaedah leretan pada skrin mirip seperti fungsi yang disokong oleh Android Pie.

Menariknya, kawalan leretan pada skrin menggunakan aplikasi ini turut membolehkan konfigurasi pelbagai fungsi tambahan yang lain, termasuklah screenshot, memaparkan panel notifikasi, dan banyak lagi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend