Samsung Mungkin Perkenal Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Pada Peranti Galaxy A10 Comments Off on Samsung Mungkin Perkenal Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Pada Peranti Galaxy A10

Teknologi pengimbas cap jari dalam skrin telah dimulakan oleh Vivo pada peranti X20 Plus. Kini, ia dilihat sebagai ciri wajib yang patut ada pada setiap peranti premium selain daripada ciri pengecaman wajah.

Terbaru, Samsung dikhabarkan akan menggunakan teknologi tersebut pada peranti pertengahan mereka. Mengikut apa yang tertiris, pengeluar pertama dunia itu kini sedang membangunkan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin pada peranti siri-A. Sumber turut berkongsi tweet yang melaporkan Galaxy A10 juga akan dikuasakan cipset Snapdragion 845.

Terdahulu, Samsung Galaxy A8s telah dilancarkan dengan rekaan skrin berlubang. Peranti yang dikuasakan Snapdragon 710 ini juga menawarkan tri-kamera belakang serta bateri berkapasiti 3400mAh. Peranti ini masih belum dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia, dan dijangka tiba tahun hadapan menggunakan nama A8 (2019).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend