Samsung Mula Menghasilkan Cip 5G Keluarannya Secara Besar-Besaran Untuk Telefon Pintar Comments Off on Samsung Mula Menghasilkan Cip 5G Keluarannya Secara Besar-Besaran Untuk Telefon Pintar

Samsung sebelum ini telahpun memperkenalkan cip 5G pertamanya dengan Exynos Modem 5100 pada Ogos tahun lepas, dan ia merupakan modem 5G pertama yang menyokong penuh piawaian 3GPP.

Baru-baru ini Samsung mengumumkan bahawa mereka sudahpun memasuki fasa pengeluaran cip 5G Exynos Modem 5100 itu secara besar-besaran. Apa yang pasti, penawaran cip 5G ini sudah tentunya akan diperkenalkan pada lebih banyak model telefon pintar keluaran Samsung pada masa akan datang.

Samsung Galaxy S10 5G merupakan peranti pertama yang menyokong cip 5G keluaran Samsung.

Selain Exynos Modem 5100, dua lagi cip 5G iaitu Exynos RF 5500 (Single-chip Radio Frequency Transceiver) dan juga Exynos SM 5800 (Supply Modulator) juga turut dihasilkan secara besar-besaran. Apa yang pasti, ketiga-tiga cip 5G ini telahpun diperkenalkan pada Samsung Galaxy S10 5G yang hanya dijual untuk pasaran di Korea Selatan.

sumber

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 Versi 5G Memiliki Paparan Dan Bateri Lebih Besar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend