Samsung Mengesahkan Ketiadaan Sokongan Rangkaian 5G Pada Model Galaxy S10 Comments Off on Samsung Mengesahkan Ketiadaan Sokongan Rangkaian 5G Pada Model Galaxy S10

2019 merupakan tahun yang bakal menyaksikan pengkomersialan rangkaian 5G di seluruh dunia, dan ia bakal menjanjikan kepantasan muat turun dan muat naik yang sangat pantas berbanding rangkaian sedia ada.

Namun begitu, agak mengecewakan kerana pihak Samsung baru-baru ini telah mengesahkan bahawa model flagship keluarannya iaitu Galaxy S10 tidak akan menyokong standard rangkaian 5G apabila diperkenalkan pada awal tahun hadapan. Ternyata maklumat ini bukanlah sekadar khabar angin kerana kenyataan ini telah dikongsikan sendiri oleh Ketua Bahagian Mudah Alih Samsung.

Pada tahun 2016, Samsung dan Verizon sebelum ini pernah menguji rangkaian 5G tetapi ironinya Samsung Galaxy S10 tidak menyokong rangkaian ini.

Berita ini mungkin sedikit mengecewakan pengguna terutamanya peminat tegar siri Galaxy S kerana ia merupakan model ulang tahun yang ke-10 daripada Samsung. Walau bagaimanapun di dalam perkongsian di persidangan media Galaxy Note 9 yang berlangsung pada minggu lepas, Presiden Perniagaan Mudah Alih Samsung iaitu DJ Koh turut mendedahkan yang Samsung komited untuk menjadi pengeluar telefon pintar skrin boleh lipat pertama di dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend