Samsung Mengesahkan Kehadiran Bixby 2.0 Dengan Sokongan AI Pada Galaxy Note 9 Comments Off on Samsung Mengesahkan Kehadiran Bixby 2.0 Dengan Sokongan AI Pada Galaxy Note 9

Pada pertengahan Mei yang lalu, pemilik akaun Twitter yang popular dengan berita ketirisan telefon pintar iaitu Ice Universe telah mendedahkan bahawa Galaxy Note 9 dipercayai akan mengekalkan rekaan kerangka sama seperti Galaxy Note 8 sebelum ini. Menurutnya lagi, Galaxy Note 9 dikatakan 2mm lebih pendek berbanding Note 8 dan secara keseluruhannya ia kelihatan sama sahaja.

Bagi mengubati berita yang agak mengecewakan itu, baru-baru ini ketua Pusat AI di bawah bahagian Penyelidikan Samsung iaitu Gray G. Lee telah mengesahkan bahawa Bixby 2.0 akan diperkenalkan pada Galaxy Note 9 pada majlis pelancarannya nanti. Menurutnya Bixby 2.0 bukan sekadar pembantu digital peribadi, tetapi ia akan menjadi ‘platform kecerdasan buatan (AI)’ yang berupaya mempertingkatkan prestasi dan juga pengalaman penggunaannya.

Bixby telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada siri Samsung Galaxy S8.

Bixby 2.0 ini juga akan turut menyokong keupayaan pemprosesan bahasa semulajadi yang telah dipertingkatkan, penambahbaikan terhadap keupayaan rintangan bunyi, dan juga masa tindak balas yang jauh lebih cepat berbanding versi Bixby sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend