Samsung Mendedahkan Rekaan Galaxy Watch Dalam Warna ‘Rose Gold’ Tanpa Disengajakan Comments Off on Samsung Mendedahkan Rekaan Galaxy Watch Dalam Warna ‘Rose Gold’ Tanpa Disengajakan

Bermula tahun ini, Samsung dilaporkan akan menyingkirkan penggunaan nama ‘Gear’ pada jam tangan pintar keluarannya dan ia akan dikenali sebagai ‘Galaxy Watch’. Dipercayai akan diumumkan serentak dengan Galaxy Note 9 dalam acara Samsung Unpacked 2018 nanti, Samsung juga akan turut menawarkan aksesori eksklusif iaitu Samsung Wireless Charger Duo.

Walaupun setakat ini Samsung Galaxy Watch masih lagi menjadi satu misteri kerana tiada maklumat yang didedahkan, hari ini Samsung tanpa sengaja telah mendedahkan rekaan jam tangan pintar terbarunya itu di laman rasmi Samsung di Amerika Syarikat. Walaupun laman rasmi itu telah ditarik semula oleh pihak Samsung, ada pihak yang telah berjaya mengambil gambar skrin itu untuk dikongsikan di Internet.

Hadir dengan nama model SM-R810NZDAXAR, Samsung Galaxy Watch ini menampilkan muka jam berukuran 42mm dalam warna rose gold. Sungguhpun begitu, buat masa ini spesifikasi jam tangan pintar dari Samsung itu masih kekal misteri.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend