Samsung Memperkenalkan 108MP ISOCELL Bright HMX Sensor Untuk Telefon Pintar Comments Off on Samsung Memperkenalkan 108MP ISOCELL Bright HMX Sensor Untuk Telefon Pintar 120

Samsung juga merupakan pengeluar sensor kamera untuk telefon pintar. Kini, mereka secara rasmi telah mengumumkan sensor terbaru iaitu ISOCELL Bright HMX dengan 108 Megapiksel.

Saiz sensor ini ialah 1/1.33″ yang mana 125% lebih besar berbanding ISOCELL Bright GM1 48MP. Samsung mengatakan dengan lebih 100 juta kesan piksel, sensor akan menghasilkan “foto luar biasa walaupun dalam keadaan pencahayaan yang melampau”.

Ia juga menggunakan teknologi Tetracell yang mana hadir dengan sensor 27MP bersaiz piksel 1.6μm (mikrometer). Sensor ini dikuasakan dengan Smart-ISO – mekanisme yang akan memilih tahap penguat mengikut pencahayaan dan bertukar kepada ISO yang rendah untuk “meningkatkan tepu piksel dan menghasilkan gambar-gambar yang jelas”.

HMX turut menyokong rakaman video beresolusi 6K (6016 x 3384 piksel/bingkai) pada 30fps yang cukup baik untuk merakam video berdefinasi tinggi.

Pengeluaran secara besar-besaran untuk sensor ini dijangka akan bermula pada akhir bulan Ogos dan peranti pertama yang mungkin menggunakannya ialah Xiaomi Mi MIX 4 iaitu pada bulan Oktober depan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend