Samsung Mempatenkan Telefon Pintar Dengan Rekaan Saiz Paparan Skrin Boleh Laras Comments Off on Samsung Mempatenkan Telefon Pintar Dengan Rekaan Saiz Paparan Skrin Boleh Laras

Apabila sebut tentang inovasi paparan skrin pada telefon pintar, Samsung boleh dikatakan antara peneraju dalam industri dan ini boleh dilihat melalui pengenalan panel Super AMOLED, paparan skrin melengkung, dan yang terbaharu adalah rekaan skrin boleh lipat.

Ternyata itu masih tidak cukup buat Samsung apabila baru-baru ini ia dilaporkan telah mempatenkan pula rekaan telefon pintar dengan saiz paparan skrin boleh laras. Paten ini telah berjaya didedahkan selepas Pejabat Paten & Cap Dagangan Amerika Syarikat telah mendedahkan permohonan paten yang akan diperkenalkan pada telefon pintar Samsung pada masa akan datang.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Samsung dilaporkan akan menggunakan rekaan paparan skrin fleksibel yang boleh digulung. Ini bermakna pengguna boleh menarik paparan skrin ke atas untuk mendapatkan nisbah skrin yang lebih panjang. Melalui rekaan sebegini, ia sudah tentunya amat sesuai untuk menonton video dan juga melayari aplikasi media sosial seperti Instagram.

Sungguhpun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Samsung akan mengkomersialkan rekaan saiz paparan skrin boleh laras ini di pasaran ataupun tidak.

sumber

Baca juga:

Samsung Memohon Paten Untuk Rekaan “Takuk Terbalik” Yang Agak Pelik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend