Samsung Melanjutkan Tawaran Hadiah Percuma Untuk Pembelian Siri Galaxy S20 Hingga 31 Mac Comments Off on Samsung Melanjutkan Tawaran Hadiah Percuma Untuk Pembelian Siri Galaxy S20 Hingga 31 Mac

Minggu lalu Samsung menerima sambutan yang luar biasa semasa jerayawara siri Galaxy S20 di Mid Valley, Kuala Lumpur. Ramai pelanggan dilihat beratur panjang dan menunggu lama untuk mendapatkan hadiah lumayan yang ditawarkan.

Oleh kerana itu, Samsung hari ini telah mengumumkan bahawa kemepen promosi itu telah dilanjutkan hingga ke 31 Mac 2020. Sepanjang tempoh promosi, pelanggan boleh mendapatkan hadiah percuma berupa pengecas pantas tanpa wayar dan kad microSD 128GB bernilai RM378 apabila mereka membeli mana-mana peranti siri Galaxy S20.

Menariknya, pelanggan tidak perlu beratur panjang malah boleh mengunjungi mana-mana Samsung Experience Store seluruh Malaysia untuk menikmati tawaran istimewa ini.

Menurut Samsung, hadiah seperti pengecas tanpa wayar boleh ditebus sejurus pembayaran dibuat manakala kad microSD 128GB pula akan dihantar ke rumah melalui pengeposan selepas pelanggan memasukkan butiran pembelian di kaunter.

Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+, dan Galaxy S20 Ultra ditawarkan masing-masing pada harga RM3599, RM3999, dan RM4999 seunit.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend