Samsung Malaysia Umum Peranti Boleh-lipat Mereka Habis Terjual Comments Off on Samsung Malaysia Umum Peranti Boleh-lipat Mereka Habis Terjual 211

Semalam merupakan hari pertama pra-tempahan Samsung Galaxy Fold dibuka kepada orang ramai di Malaysia. Ia ditawarkan pada harga RM8388 seunit malah pelanggan yang menempahnya pula akan menerima akses eksklusif kepada Samsung Care Services.

Terkini, Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa peranti tersebut telah habis terjual sebaik tempahan dibuka semalam. Walaupun tanda harganya terlalu tinggi untuk pengguna marhaen seperti kita, sudah pasti ada sahaja peminat tegar teknologi yang akan membelinya.

Samsung Galaxy Fold merupakan versi kedua selepas versi pertama ditarik semula penjualannya dari Samsung atas sebab isu skrin yang bermasalah. Daripada segi lain, Galaxy Fold sebuah peranti inovasi yang menawarkan paparan utama boleh-lipat Dynamic AMOLED 7.3-inci QHD+ dan paparan kedua Super AMOLED 4.6-inci HD+.

Baca juga:

[Ulasan] Samsung Galaxy Note10+, Kekal Sebagai Peranti Paling Praktikal

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend