Samsung Malaysia Umum Kesemua Unit Galaxy Note10 Dan Note10+ Kini Sudah Habis Ditempah Comments Off on Samsung Malaysia Umum Kesemua Unit Galaxy Note10 Dan Note10+ Kini Sudah Habis Ditempah 134

Genap seminggu selepas Samsung Malaysia Electronics membuka sesi pra-tempah untuk model Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ untuk pengguna tempatan, hari ini kesemua unit siri Galaxy Note10 itu telah diumumkan telah habis ditempah. Ditawarkan pada harga bermula daripada RM3699, ia tersedia dalam empat warna pilihan iaitu Aura Glow, Aura Black, Aura White dan juga Aura Pink.

Penerimaan pra-tempah yang sangat menggalakkan ini mungkin didorong oleh tawaran eksklusif yang menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1058 untuk Galaxy Note10, dan juga hadiah percuma sehingga RM1159 untuk Galaxy Note10+.

Memandangkan sesi pra-tempah dibuka bermula 8 hingga 18 Ogos nanti, pengguna yang terlepas peluang untuk membuat pra-tempah siri Galaxy Note10 masih boleh berbuat demikian di Samsung dan juga rakan niaga yang mengambil bahagian seperti Senheng, Senq, Courts, Harvey Norman, Urban Republic, Lazada, Shopee, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan juga Yes.

Tonton video sokongan ‘Air Gesture’ pada S Pen:

 

Baca juga:

[Pra Pandang] Samsung Galaxy Note 10 / Note 10+, Ini Ciri Menarik Yang Kami Suka

Samsung Galaxy Note 10/Note 10+ Kini Rasmi Dengan Paparan 6.3″ Dan 6.8″, 12GB RAM, Pengecasan 45W

Takhta Teratas DxOMark Kini Dirampas Oleh Samsung Galaxy Note 10+ 5G Dengan 113 Mata

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend