Samsung Malaysia Perkenal ‘Program Naik Taraf Tahunan Samsung’ Pertama Untuk Pemilik Siri Galaxy S Comments Off on Samsung Malaysia Perkenal ‘Program Naik Taraf Tahunan Samsung’ Pertama Untuk Pemilik Siri Galaxy S

Bermula hari ini (2 Julai 2018) hingga 2 September 2018 nanti, pemilik siri Galaxy S di Malaysia boleh membuat tambahan RM100 dengan setiap pembelian Galaxy S9 atau S9+ dan anda boleh mendapatkan ‘Perlindungan Skrin Samsung’ bernilai RM140, yang boleh diaktifkan melalui aplikasi Samsung Members.

Lebih menariknya, pembeli juga berhak menikmati bayaran pengecualian selama satu bulan untuk peranti Galaxy S yang dibeli menggunakan Pelan Pembayaran Mudah 12 bulan di pengedar Samsung yang sah. Samsung Malaysia Electronics juga turut menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk pengguna yang ingin membeli model flagship dari siri Galaxy S tahun 2019 nanti.

‘Program Naik Taraf Tahunan Samsung’ yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia ini tersedia di semua Samsung Experience Stores yang terlibat di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang program ini, sila layari https://www.samsung.com/my/offer/offline/mobile-yup/.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend