Samsung Malaysia Perkenal Penghawa Dingin Dengan Teknologi ‘Wind-Free Cooling’, Waranti 2+10 Tahun Comments Off on Samsung Malaysia Perkenal Penghawa Dingin Dengan Teknologi ‘Wind-Free Cooling’, Waranti 2+10 Tahun 111

Samsung Electronics Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi penghawa dingin baharunya dengan sokongan teknologi ‘Wind-Free Cooling’ melalui penawaran model AR9500M.

Diperkenalkan untuk memastikan proses penyejukan yang lebih cepat, Samsung AR9500M mampu menyejukkan ruang sehingga 43% lebih cepat dengan menggunakan rekaan kipas 22% lebih besar berbanding model sebelum ini. Samsung AR9500M ini juga mampu mengekalkan suhu bilik yang lebih selesa melalui pelepasan udara sejuk melalui 21,000 lubang udara mikro.

Penghawa dingin Samsung AR9500M dengan teknologi ‘Wind-Free Cooling’.

Hadir dengan sokongan dua mod sistem penyejukan, penghawa dingin ini akan menggunakan ‘Fast Cooling Mode’ untuk menyejukkan ruang dengan lebih cepat, kemudian secara automatik ia akan mengaktifkan ‘Wind-Free Cooling Mode’ yang akan menghasilkan ‘udara pegun’ apabila ia mencapai suhu yang ditetapkan. Penggunaan mod ini mampu mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 72% berbanding mod ‘Fast Cooling’.

This slideshow requires JavaScript.

Penghawa dingin Samsung dengan teknologi ‘Wind-Free Cooling’ akan dijual pada harga bermula daripada RM2,899 untuk model 1.0HP, RM3,299 (1.5HP), dan juga RM3,999 (2.0HP). Bermula hari ini hingga 31 Disember 2019, pembelian penghawa dingin ‘Wind-Free Cooling’ di Samsung Brand Shop terpilih akan menerima perlindungan jaminan waranti 2+10 tahun iaitu dua tahun waranti penuh, dan 10 tahun perlindungan untuk unit pemampat.

Promosi ‘Samsung Gemilang Celebration’

Bersempena dengan promosi ‘Samsung Gemilang Celebration’ yang akan berakhir pada 30 September 2019, pembelian penghawa dingin Samsung ‘Wind-Free Cooling’ akan turut menerima pemasangan percuma (bernilai RM310) dan juga hadiah percuma iaitu¬† Dry Iron (RM63.90) serta Thermocafe 0.5ml (RM88).

Baca juga:

Jimat Sehingga RM2,200 Dan Percuma Galaxy Watch Active Dengan Belian TV Atau Bar Bunyi Samsung

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend