Samsung Malaysia Membuka ‘Kedai Jenama Samsung’ Yang Ke-11 Di Bayan Baru, Pulau Pinang Comments Off on Samsung Malaysia Membuka ‘Kedai Jenama Samsung’ Yang Ke-11 Di Bayan Baru, Pulau Pinang

Hari ini Samsung Malaysia Electronics telah merasmikan pembukaan Kedai Jenama Samsung yang ke-11 di Bayan Baru, Pulau Pinang, hasil kerjasama dengan Ban Hin Bee Sdn Bhd. Keputusan strategik ini secara tidak langsung telah membolehkan Samsung meneroka peluang pasaran dan dalam masa yang sama mampu memenuhi keperluan gaya hidup pengguna di negeri itu.

Sempena pembukaan kedai ini, pelbagai produk keluaran Samsung telah ditawarkan kepada pengguna termasuklah siri TV QLED 2018, peti ais digital inverter, mesin basuh QuickDrive dan banyak lagi. Penawaran pelbagai produk Samsung yang terdapat di kedai ini sudah tentunya mampu mendorong pelanggan tempatan untuk memiliki ekosistem gaya hidup rumah pintar dari Samsung.

Bersempena dengan sambutan pembukaan kedai yang ke-11 ini, Samsung dan Ban Hin Bee turut menawarkan promosi istimewa untuk semua pelanggannya. Sebagai contoh, setiap pembelian TV QLED 2018 berukuran 65 inci, pelanggan akan turut menerima Samsung 5.1 Ch Panoramic Soundbar secara percuma. Manakala pembelian peralatan rumah terpilih seperti peti ais, mesin basuh dan pencuci vakum akan menerima kelengkapan memasak bernilai RM1,148 secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend