Samsung Malaysia Lancar Kempen #iChanged Dengan Promosi Tukar-Beli Galaxy S10 Comments Off on Samsung Malaysia Lancar Kempen #iChanged Dengan Promosi Tukar-Beli Galaxy S10 565

Bermula 31 Mei hingga 31 Julai 2019, Samsung Malaysia telah melancarkan kempen #iChanged untuk pengguna di negara ini untuk mencuba sendiri kehebatan dan juga keupayaan menggunakan telefon pintar keluaran Samsung.

Malah proses penukaran ke telefon pintar Samsung juga kini menjanjikan pengalaman yang lebih mudah dengan adanya sokongan perisian Smart Switch, yang memudahkan pengguna untuk memindahkan gambar, muzik, video dan juga kontak dari peranti lama ke peranti baharu Samsung.

Sepanjang tempoh dua bulan kempen ini diadakan, Samsung telah menganjurkan dua promosi menarik untuk anda memiliki Samsung Galaxy S10:

  • Promosi tukar-beli – pelanggan yang membuat tukar-beli peranti lama mereka untuk membeli Galaxy S10 dalam satu transaksi yang sama, akan layak menerima sepasang Galaxy Buds bernilai RM499 secara percuma.
  • Promosi pembelian Galaxy S10 – pelanggan yang membuat pembelian Galaxy S10 akan turut menerima Galaxy Fit-e bernilai RM139 secara percuma.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://www.ichanged.com.my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend