Samsung Malaysia Kini Melancarkan ‘Samsung Online Store’ Bagi Memudahkan Pembelian Telefon Pintar Comments Off on Samsung Malaysia Kini Melancarkan ‘Samsung Online Store’ Bagi Memudahkan Pembelian Telefon Pintar

Bagi memastikan pengalaman pembelian yang jauh lebih menyenangkan, Samsung Malaysia kini telah mengumumkan kedai atas talian rasmi miliknya di dalam laman sesawang rasmi www.samsung.com/my. Ini bermakna pengguna bukan sahaja boleh melihat maklumat lengkap berkaitan sesebuah model telefon pintar, tetapi mereka juga boleh terus membuat pembelian peranti tersebut.

 

Dengan Samsung Online Store, pengalaman pembelian terasa jauh lebih mudah kerana  ia boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Bersempena dengan pelancaran rasmi Samsung Online Store, 100 pembeli pertama dalam tempoh 5 Julai hingga 31 Julai 2018 nanti akan turut menerima powerbank Samsung berkapasiti 5100 mAh dengan sokongan pengecasan pantas bernilai RM249 secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend