Samsung Malaysia Anjur Program Tukar-Beli Peranti Lama Dengan Nilai Sehingga RM2,565 Comments Off on Samsung Malaysia Anjur Program Tukar-Beli Peranti Lama Dengan Nilai Sehingga RM2,565

Sehingga 31 Mei 2020 nanti, anda yang bercadang untuk memiliki mana-mana siri Galaxy S20 boleh menyertai program tukar-beli yang dianjurkan oleh Samsung Malaysia eksklusif untuk pemilik model lama telefon pintar keluaran Samsung.

Kini anda hanya perlu mengunjungi mana-mana kedai fizikal Samsung Experience Store yang terlibat untuk menyertai program tukar-beli peranti lama Samsung dengan nilai tukaran mencecah sehingga RM2,565.

Tidak cukup dengan itu, pelanggan juga boleh tukar-beli mana-mana kamera lama Samsung untuk menikmati rebat tambahan sebanyak RM200 dengan setiap pembelian Galaxy S20, Galaxy S20+ atau Galaxy S20 Ultra (selagi stok masih ada).

Untuk menyertai program ini, anda terlebih dahulu perlu memenuhi lima langkah dan kriteria seperti berikut:

  • Back up peranti lama anda terlebih dahulu dan bawa peranti itu ke Samsung Experience Store yang mengambil bahagian.
  • Peranti yang masih berfungsi, rosak atau tidak boleh digunakan akan diterima.
  • Segala kata laluan pada peranti perlulah dimatikan
  • Pihak Samsung akan menjalankan pengesahan pantas.
  • Tukar-beli peranti lama anda, dan bayar baki tambahan (sekiranya ada) untuk memiliki mana-mana model Galaxy S20.

Untuk maklumat lanjut tentang program tukar-beli ini, anda boleh layari https://www.samsung.com/my/offer/mobile/s20-tradeup/

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend