Samsung Lepaskan Kemas Kini Pertama Untuk Galaxy Buds Comments Off on Samsung Lepaskan Kemas Kini Pertama Untuk Galaxy Buds 487

Samsung Galaxy Buds telah diperkenalkan di Malaysia pada awal bulan ini dengan tanda harga RM499 seunit. Ia juga merupakan fon telinga tanpa wayar sepenuhnya yang menyokong pengecasan tanpa wayar pertama daripada Samsung.

Tidak sampai sebulan ia dilancarkan, Samsung nampaknya sangat pantas dalam menyelesaikan isu yang dihadapi pengguna khususnya pengguna Galaxy Buds. Oleh itu, satu kemas kini telah dikeluarkan bagi memperbaiki dan menampal beberapa pepijat sedia ada.

Perisian yang dilepaskan melalui Over-The-Air (OTA) difahamkan adalah sebesar 1.32MB dan ia merangkumi pembaikan pada isu berkaitan kesalahan bacaan tahap bateri serta penambahbaikan terhadap sambungan bluetooth. Ia juga dikatakan dapat menyelesaikan isu kecil pada bunyi ambien yang dihadapi segelintir pengguna sekarang ini.

Pengguna Galaxy Buds akan menerima kemas kini terbaru ini dalam masa terdekat secara berperingkat. Jika tidak terima notifikasi, pengguna perlu menyemaknya terus di dalam aplikasi Galaxy Wearable.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend