Samsung Lantik BLACKPINK Sebagai Duta Siri Galaxy A Comments Off on Samsung Lantik BLACKPINK Sebagai Duta Siri Galaxy A 659

BLACKPINK cukup terkenal di seluruh dunia, mereka merupakan kumpulan muzik dari Korea Selatan yang paling diminati di kalangan peminat di Malaysia, malah pada Februari lalu satu konsert jelajah di Kuala Lumpur telah diadakan.

Dengan populariti yang semakin meningkat, mereka kini menjadi tumpuan kepada pelbagai jenama dan kini melibatkan pengeluar telefon pintar nombor satu dunia, Samsung. Oleh itu, BLACKPINK telah dilantik sebagai duta produk siri Samsung Galaxy A.

Lisa (kiri) dan Jisoo berkongsi pendapat mengenai Samsung Galaxy A70

Bersama-sama pelancaran Samsung Galaxy A80 baru-baru ini, keempat-empat penyanyi iaitu Jennie, Lisa, Rosé, dan Jisoo telah dilihat muncul di pentas majlis pelancaran selain berkongsi pendapat mengenai peranti daripada siri Galaxy A.

Samsung Galaxy A80 ialah telefon pintar yang hadir dengan kamera berputar 48MP. Kamera ini juga boleh dijadikan sebagai kamera depan untuk mengambil gambar swafoto. Ia dilengkapi paparan AMOLED bersaiz 6.7-inci yang meliputi hampir keseluruhan panel hadapan. Daripada segi kuasa, ia dijana cipset Qualcomm Snapdragon 730 yang dijalankan di atas sistem operasi One UI berasaskan Android Pie.

Penjualan peranti ini masih belum diumumkan untuk pasaran Malaysia, tetapi mengikut harga yang dipamerkan, Galaxy A80 dijual pada harga €649 atau kira-kira RM3,013 mengikut tukaran mata wang semasa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend