Samsung Lancar Sensor Imej 16 Megapiksel ISOCELL Slim 3P9 Dengan Sokongan ‘Plug & Play’ Comments Off on Samsung Lancar Sensor Imej 16 Megapiksel ISOCELL Slim 3P9 Dengan Sokongan ‘Plug & Play’

Samsung sememangnya boleh dianggap sebagai peneraju di dalam penghasilan perkakasan memori dengan dominasinya dalam industri DRAM dan juga NAND flash. Namun begitu, ia tidak begitu memfokuskan perkakasan untuk penggambaran peranti mudah alih kerana Sony boleh dianggap sebagai peneraju global untuk pasaran sensor pengimejan.

Walaupun masih belum setanding dengan Sony, hari ini Samsung dilihat telah berada di landasan yang betul dengan melancarkan sensor imej terbarunya iaitu Samsung ISOCELL Slim 3P9 yang menawarkan resolusi penggambaran 16 Megapiksel dengan saiz piksel sebesar 1.0μm.

Peranti flagship keluaran Samsung dilihat masih lagi menggunakan sensor imej keluaran Sony. Samsung Galaxy S9+ menggunakan sensor imej Sony Exmor RS IMX345.

Dilengkapi dengan teknologi Tetracell, ia telah dibangunkan khusus untuk telefon pintar bagi mendapatkan hasil gambar yang lebih terang dan juga warna yang lebih menonjol kerana teknologi ini membolehkan empat piksel digabungkan, bagi menghasilkan saiz piksel sebesar 2.0μm. ISOCELL Slim 3P9 ini juga turut didatangkan dengan teknologi termaju phase detection auto-focus (PDAF) untuk proses fokus yang lebih cepat.

Berbeza dengan sensor imej sedia ada di pasaran, ISOCELL Slim 3P9 menyokong inovasi pertama ‘plug & play’, sekaligus membolehkan pengeluar telefon pintar mempercepatkan proses penghasilan peranti kerana modul kamera ini boleh terus dipasang dengan mudah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend