Samsung Lancar Kempen Bersempena Dengan Hari Ibu Comments Off on Samsung Lancar Kempen Bersempena Dengan Hari Ibu

Hari Ibu akan diraikan pada 10 Mei setiap tahun dan bersempena dengan itu Samsung Malaysia turut melancarkan kempen yang dinamakan #withGalaxy. Melaluinya orang ramai diseru untuk berkongsikan detik kegembiraan bersama para ibu dengan meletakkan gambar bersertakan tanda pagar #withGalaxy.

Bagi pengguna siri Galaxy S20 pula, anda boleh gunakan fungsi rakaman Single Take pada aplikasi kamera untuk mendapatkan pelbagai gambar menarik hanya dengan sekali klik pada butang shutter. Selain itu, jika anda berjauhan dengan ibu anda, anda boleh gunakan aplikasi Google Duo yang mana panggilan video boleh dibuat sehingga 12 peserta dalam satu skrin.

Maaf, Samsung tidak menyediakan hadiah untuk kempen ini tetapi apa salahnya anda tunjukkan sedikit penghargaan kepada para ibu dengan memuat naik gambar mereka serta sedikit ucapan bukan?

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend