Samsung Lancar Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Dengan Android 10 Dan Rekaan Kamera Petak Comments Off on Samsung Lancar Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Dengan Android 10 Dan Rekaan Kamera Petak

Samsung yang masih menduduki tempat pertama sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia hari ini telah memperkenalkan dua peranti baharu – Galaxy A51 dan Galaxy A71 untuk pasaran Vietnam.

Kedua-dua telefon ini hadir dengan reka bentuk kamera belakang segi empat yang menyusunkan empat lensa berbentuk L. Pada bahagian depan, skrin penuh Super AMOLED telah diletakkan serta dipadankan kamera swafoto Infinity-O. Dua telefon ini dijalankan di atas sistem operasi Android 10 melalui antaramuka One UI 2.

Galaxy A51 dan Galaxy A71 didatangkan dengan sistem pengecasan pantas dan kamera belakang sehingga 64MP diikuti kamera depan sehingga 32MP. Terdapat empat pilihan warna kesemuanya iaitu Prism Crush Black, Prism Crush White, Prism Crush Blue, dan Prism Crush Pink.

Konfigurasi kamera Galaxy A51

Spesifikasi Galaxy A51:

  • 6.5″ Super AMOLED FHD+
  • Samsung Exynos 9611
  • 6GB RAM + 128GB storan
  • One UI 2 (berasaskan Android 10)
  • Kamera belakang: 48MP+12MP+5MP+5MP – f/2.0+f/2.0+f/2.2+f/2.4
  • Kamera depan: 32MP
  • 4000mAh Quick Charge 15W
  • Bluetooth 5.0, pengimbas cap jari dalam skrin, dwi-SIM, microSD sehingga 512GB

Spesifikasi Galaxy A71:

  • 6.7″ Super AMOLED FHD+
  • Qualcomm Snapdragon 730
  • 8GB RAM + 128GB storan
  • One UI 2 (berasaskan Android 10)
  • Kamera belakang: 64MP+12MP+5MP+5MP – f/2.0+f/2.0+f/2.2+f/2.4
  • Kamera depan: 32MP
  • 4500mAh Quick Charge 25W
  • Bluetooth 5.0, pengimbas cap jari dalam skrin, dwi-SIM, microSD sehingga 512GB

sumber: 1/2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend