Samsung Labur RM475b Dalam Reka Bentuk Sistem dan Pembuatan Cip Sebelum Tahun 2030 Comments Off on Samsung Labur RM475b Dalam Reka Bentuk Sistem dan Pembuatan Cip Sebelum Tahun 2030

Samsung boleh dikatakan sebagai salah satu daripada jenama versatil kerana ia merupakan pengeluar yang menawarkan pelbagai produk termasuklah peralatan elektrik dan juga telefon pintar.

Malah Samsung juga sebenarnya merupakan antara pengeluar semikonduktor terbaik dunia, setanding jenama besar iaitu Intel. Jadi bagi memastikan kedudukan yang lebih kukuh dalam industri itu, Samsung baru-baru ini telah melabur sebanyak KRW133 trilion (kira-kira RM475 bilion) sebelum tahun 2030 untuk reka bentuk sistem (System LSI) dan juga pembuatan cip.

Pelaburan yang dibuat itu telah diasingkan kepada dua bahagian utama iaitu sebanyak KRW73 trilion (kira-kira RM261 bilion) daripada dana itu akan digunakan untuk tujuan R&D (Penyelidikan & Pembangunan), manakala selebihnya akan digunakan untuk pembangunan infrastruktur iaitu berjumlah KRW60 trilion (kira-kira RM214 bilion).

Samsung juga dikatakan telah bercadang untuk menambah sehingga 15,000 peluang pekerjaan baharu berikutan penubuhan sektor R&D dan juga pembangunan semikonduktor pada masa akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend