Samsung Infinity Flex Display Bakal Mengubah Norma Telefon Pintar 0 222

Hari ini Samsung tampil ke pentas Samsung Developer Conference (SDC) dengan mengacah Infinity Flex Display kepada tetamu yang hadir. Ini menunjukkan teknologi tersebut akan diguna pakai pada masa akan datang untuk generasi terbaharu peranti kelas induk mereka.

Masih dalam proses pembangunan, apa yang ditunjukkan oleh Samsung ialah keupayaan paparan boleh lipat. Tablet bersaiz 7.3-inci ini boleh dilipat kepada dua sekaligus mengaktifkan skrin sekunder yang terletak di bahagian belakang. Apabila dibuka semula ia boleh memaparkan tiga aplikasi secara serentak yang mana peranti sekarang hanya dihadkan kepada dua sahaja.

Sokongan multi-display ini adalah daripada sistem antaramuka yang dipanggil One UI. Menurut Samsung, antaramuka One UI akan dipasang pada peranti skrin lipat mereka pada masa akan datang malah ia telah dibangunkan dengan kerjasama Android dan Google. Sistem kawalan peranti juga diletakkan di bahagian bawah skrin untuk memudahkan peranti dioperasi menggunakan satu tangan.

Syarikat Korea ini juga dilaporkan bakal memulakan pengeluaran besar-besaran bermula bulan ini memandangkan mereka menghadapi kesukaran untuk membina Infinity Flex Display di kilang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend