Samsung Guna Kepakaran Bekas Pekerja NVIDIA Dalam Menghasilkan GPU Telefon Pintar Keluarannya Sendiri Comments Off on Samsung Guna Kepakaran Bekas Pekerja NVIDIA Dalam Menghasilkan GPU Telefon Pintar Keluarannya Sendiri

Pada pertengahan bulan Jun yang lalu, kami telah melaporkan bahawa Samsung telah dilaporkan akan menghasilkan GPU telefon pintar keluarannya sendiri. Nampaknya berita itu telah disahkan selepas Samsung dilihat mula mendapatkan khidmat kepakaran bekas pekerja NVIDIA untuk projek tersebut.

Melalui laporan yang dibuat, Samsung telah melantik Chien-Ping Lu untuk mengetuai bahagian penghasilan GPU pertama keluaran Samsung. Pemilihan veteran NVIDIA yang lebih dikenali sebagai CP ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi kerana beliau merupakan pembangun NVIDIA nForce IGP yang kecil tetapi sangat berkuasa untuk digunakan pada CPU AMD dan Intel.

Chien-Ping Lu sememangnya memiliki kepakaran dalam menghasilkan GPU, bahkan beliau turut memiliki paten berkaitan GPU dan mesin pembelajaran.

CP yang kini berkhidmat untuk Samsung dikatakan telah memberi komitmen sepenuhnya untuk projek SGPU (Samsung GPU). Malah berdasarkan keputusan prototaip yang telah dihasilkan, SGPU ini tidak mengecewakan kerana mampu menawarkan prestasi yang sangat tinggi. Selain menjanjikan pemprosesan grafik terbaik, ia juga turut menyokong keupayaan AI.

Selama ini Samsung banyak bergantung dengan GPU yang dibangunkan oleh ARM untuk majoriti peranti keluarannya.

Pemilikan beberapa paten berkaitan GPU dan pembelajaran mesin yang dimiliki oleh CP yang juga merupakan naib presiden kejuruteraan perkakasan di NovuMind sememangnya memberikan kelebihan dalam penghasilan SGPU ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend