Samsung Gear S3 Dan Gear Sports Kini Akhirnya Menyokong Samsung Rewards Comments Off on Samsung Gear S3 Dan Gear Sports Kini Akhirnya Menyokong Samsung Rewards

Pada bulan September 2017 yang lalu, Samsung Malaysia Electronics telah memperkenalkan kemas kini terbaru untuk Samsung Pay dengan menawarkan pelbagai ganjaran melalui Samsung Rewards. Walau bagaimanapun, sebelum ini fungsi itu hanya boleh disokong untuk telefon pintar keluarannya sahaja.

Hari ini Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa dua lagi peranti keluarannya akan menyokong Samsung Rewards iaitu Samsung Gear S3 dan juga Gear Sport. Jadi dengan penambahan dua jam tangan pintar ini, pengguna di negara ini lebih bebas untuk mendapatkan ganjaran melalui setiap pembayaran yang dibuat menggunakan Samsung Pay.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend