Samsung Galaxy Z Flip Edisi Thom Browne ‘Licin’ Sebaik Mula Dijual Comments Off on Samsung Galaxy Z Flip Edisi Thom Browne ‘Licin’ Sebaik Mula Dijual

Samsung Galaxy Z Flip edisi Thom Browne merupakan telefon pintar edisi istimewa yang ditawarkan di beberapa pasaran global antaranya seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Itali, China, Hong Kong, Jepun, dan termasuklah negara kelahirannya Korea Selatan.

Baca: Samsung Tutup Sementara Kilang Galaxy Z Flip Berikutan Ada Pekerjanya Positif Virus COVID-19

Menurut laporan terbaru, peranti tersebut kini habis terjual di Korea Selatan selepas hari pertama jualan dibuka kepada orang ramai. Seperti biasa, Samsung tidak mendedahkan berapakah unit yang telah terjual. Jualan atas talian ini juga menyebabkan laman sesawang Samsung di sana tergendala malah cadangan Samsung untuk membuat jualan secara fizikal juga tidak dapat dilakukan ekoran amaran berbahaya daripada kerajaan Korea Selatan berikutan COVID-19.

Perkara yang sama juga berlaku di Amerika Syarikat yang mana Galaxy Z Flip Thom Browne turut kehabisan stok. Samsung dikatakan telah menambah stok baharu namun ‘licin’ semula tidak lama selepas itu.

Samsung Galaxy Z Flip edisi Thom Browne hadir dengan kotak pembungkusan unik dalam pakej pembelian serba lengkap. Set pembelian juga didatangkan dengan fon telinga TWS Galaxy Buds+ dan jam pintar Galaxy Watch Active 2 edisi Thom Browne.

Jika memasuki Malaysia, harga peranti ini mungkin dijual sekitar RM10,474 seunit.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend