Samsung Galaxy Z Flip Berharga RM5,888 Kini Mula Dijual Secara Atas Talian Di Enam Saluran Berbeza Comments Off on Samsung Galaxy Z Flip Berharga RM5,888 Kini Mula Dijual Secara Atas Talian Di Enam Saluran Berbeza

Bermula hari ini (23 Mac 2020), Samsung Malaysia telahpun mengumumkan ketersediaan jualan Samsung Galaxy Z Flip melalui rakan kongsi sah Samsung.

Dijual pada harga RM5,888, Galaxy Z Flip ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Mirror Purple, Mirror Gold dan juga Mirror Black. Pelanggan yang membuat pembelian Galaxy Z Flip juga akan menerima peranti itu terus di depan pintu rumah.

Bagi yang berminat untuk memiliki telefon pintar ikonik dengan rekaan skrin boleh lipat ini boleh membuat pembelian di enam saluran berbeza seperti berikut:

  1. Best Denki
  2. Courts
  3. Lazada
  4. SenQ
  5. Shopee
  6. Urban Republic

Untuk maklumat lanjut berhubung Samsung Galaxy Z Flip, anda boleh layari www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip/.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend