Samsung Galaxy Watch Dilancarkan Dengan Sokongan Tizen 4.0 Dan Ketahanan Bateri Sehingga 7 Hari Comments Off on Samsung Galaxy Watch Dilancarkan Dengan Sokongan Tizen 4.0 Dan Ketahanan Bateri Sehingga 7 Hari

Di dalam acara Samsung Unpacked 2018, Samsung bukan sahaja melancarkan Samsung Galaxy Note 9 tetapi ia turut membawakan satu lagi aksesori popularnya iaitu jam tangan pintar yang kini dikenali sebagai Samsung Galaxy Watch. Penggunaan nama baharu ini telah dibuat bagi menggantikan penggunaan nama ‘Samsung Gear’ sebelum ini.

Samsung Galaxy Watch yang dioperasikan dengan sistem operasi Tizen OS 4.0 ini didatangkan dalam dua pilihan saiz yang berbeza iaitu 42mm dan juga 46mm. Lebih menariknya, Galaxy Watch kini tampil lebih lasak dengan sokongan skrin sentuh Corning Gorilla Glass DX+, ciri kalis air 5 ATM pada kedalaman 50 meter, dan mematuhi standard ketenteraan AS dengan MIL-STD-810G.

Galaxy Watch dengan saiz 46mm hanya boleh dimiliki dalam warna Silver dan ia menyokong saiz skrin Super AMOLED berukuran 1.3 inci beresolusi 360 x 360 piksel. Dengan dimensi berukuran 46 x 49 x 13mm dan berat 63g, ia menjanjikan ketahanan bateri sehingga 168 jam (7 hari) dengan sokongan bateri sebesar 472 mAh.

Manakala Galaxy Watch bersaiz 42mm pula ditawarkan dalam dua warna iaitu Midnight Black dan Rose Gold dengan sokongan skrin Super AMOLED berukuran 1.2 inci (360 x 360 piksel). Hadir dengan kerangka yang lebih kecil berukuran 41.9 x 45.7 x 12.7mm seberat 49g, sokongan bateri 270 mAh mampu digunakan selama 120 jam (5 hari).

Buat masa ini hanya harga jualan Galaxy Watch untuk versi Bluetooth sahaja diumumkan iaitu 42mm akan dijual pada harga USD329.99 (kira-kira RM1,346) dan 46mm pula berharga USD349.99 (kira-kira RM1,428). Namun begitu buat masa ini tarikh ketersediaan Galaxy Watch di pasaran masih lagi belum diumumkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend