Samsung Galaxy Watch Akan Turut Diperkenalkan Serentak Dengan Galaxy Note 9 Pada 9 Ogos 2018 Comments Off on Samsung Galaxy Watch Akan Turut Diperkenalkan Serentak Dengan Galaxy Note 9 Pada 9 Ogos 2018

Berbeza dengan generasi telefon pintar yang dioperasikan dengan platform Tizen sebelum ini, Samsung dikatakan tidak lagi akan menggunakan nama ‘Gear’ pada peranti itu bermula tahun ini. Untuk generasi terbaru jam tangan pintar keluaran Samsung pada tahun ini, ia akan tampil dengan nama yang telah dipatenkan iaitu ‘Galaxy Watch’.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh laman popular di Korea iaitu ZDNet, Samsung Electronics telah dilaporkan akan memperkenalkan Galaxy Watch (sebelum ini dikenali sebagai Gear S4) serentak di dalam majlis pelancaran Galaxy Note 9 pada 9 Ogos 2018 nanti. Walaupun menggunakan nama baru, Galaxy Watch dikatakan akan masih dioperasikan dengan platform Tizen dan bukannya Android Wear.

Sama seperti Gear S3 sebelum ini, Samsung Galaxy Watch masih mengekalkan sokongan platform Tizen.

Samsung juga didakwa akan memulakan aktiviti pra-tempah untuk Galaxy Note 9 dan juga Galaxy Watch bermula 14 Ogos dan proses penghantaran kedua-dua peranti itu akan bermula pada 24 Ogos 2018.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend