Samsung Galaxy Tab S5e dan Galaxy Tab A (2019) Kini Mula Dijual Di Malaysia Comments Off on Samsung Galaxy Tab S5e dan Galaxy Tab A (2019) Kini Mula Dijual Di Malaysia

Pasaran tablet tidaklah sehebat pasaran telefon pintar tetapi pengeluar masih menekankan peranti ini untuk kegunaan seharian pengguna masa kini. Selari dengan perkembangan teknologi telefon pintar, hari ini dua tablet terbaru Samsung Galaxy Tab S5e dan Samsung Galaxy Tab A (2019) mula ditawarkan di negara ini.

Kita mulakan dengan Galaxy Tab S5e, tablet ini dilengkapi kerangka badan unibodi logam seberat 400g. Di atasnya telah dipadankan skrin Super AMOLED bersaiz 10.5-inci beresolusi 2K 2560 x 1600p yang dijana cipset Qualcomm Snapdragon 670 beserta memori 4GB RAM dan 64GB storan. Bateri yang digunakan pula adalah sebesar 7,040mAh yang mampu memberikan masa main semula video selama 15 jam. Selain itu, ia turut hadir dengan empat pembesar suara berteknologi AKG disamping pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Galaxy Tab S5e mempunyai dwi-kamera belakang menggabungkan sensor 13MP AF dan 8MP FF dan kamera swafoto 8MP. Ia dijalankan di atas sistem antaramuka One UI berasaskan Android 9.0 Pie dan dijual pada harga RM1,999 sebuah.

Beralih kepada Galaxy Tab A (2019), tablet ini didatangkan dengan dua saiz yang berbeza – 10.1-inci dan 8.0-inci. Memandangkan tablet ini sedikit murah berbanding Tab S5e, paparan tablet ini hanya dilengkapi panel WUXGA tetapi beresolusi HD penuh. Ia diperkasakan oleh cip pemproses lapan teras Exynos 7904 dan digandingkan bersama bateri sebesar 6,150mAh (10.1″) dan 4,200mAh (8.0″). Pada bahagian kamera pula, mereka berkongsi konfigurasi yang sama iaitu 8MP + 5MP di belakang dan depan 5MP.

Galaxy Tab A (2019) dijual pada harga RM899 (WiFi) dan RM1,299 (LTE) untuk model 10.1-inci sementara model 8.0-inci dijual dengan tanda harga RM1,099. Menariknya, untuk model dengan skrin kecil ini, ia didatangkan sekali bersama Samsung S-Pen.

Kedua-dua tablet ini dijual mulai hari ini di semua bilik pameran Samsung Experience Store dan wakil penjual sah seluruh negara dengan pilihan warna Emas, Hitam, dan Putih manakala S-Pen dengan warna Kelabu dan Hitam.

Baca juga:

Samsung Umum Kemunculan Dua Tablet Baharu – Galaxy Tab S5e Dan Galaxy Tab A 10.1 (2019)

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend