Samsung Galaxy Tab A 10.5 Dengan Sokongan Mod Kanak-Kanak Dan Bateri 7300 mAh Turut Dilancarkan Comments Off on Samsung Galaxy Tab A 10.5 Dengan Sokongan Mod Kanak-Kanak Dan Bateri 7300 mAh Turut Dilancarkan

Jika beberapa jam yang lepas Samsung telah mengumumkan kehadiran tablet dari segmen premium dengan model Galaxy Tab S4 yang disasarkan untuk bersaing dengan siri iPad Pro. Kini Samsung telah memperkenalkan satu lagi tablet terbaharunya iaitu Galaxy Tab A 10.5 yang menawarkan sokongan spesifikasi yang lebih mampu milik.

Dari segi penampilan fizikal, Galaxy Tab A 10.5 sebenarnya masih mengekalkan rekaan yang sama seperti Galaxy Tab S4. Walau bagaimanapun Galaxy Tab A 10.5 hanya dilengkapi dengan panel skrin IPS LCD dengan resolusi 1080p. Selain itu ia juga telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, storan 32GB, RAM 3GB, kamera utama 8 Megapiksel, dan kamera hadapan 5 Megapiksel.

Galaxy Tab A 10.5 juga menjanjikan ketahanan masa penggunaan yang lama dengan sokongan bateri berkapasiti 7300 mAh, tetapi sayangnya ia tidak menyokong teknologi pengecasan pantas. Selain itu, ia juga turut sesuai digunakan oleh golongan kanak-kanak kerana dilengkapi dengan mod khusus untuk golongan tersebut.

Tersedia dalam warna biru, hitam dan kelabu, Galaxy Tab A 10.5 dijual pada harga €330 (kira-kira RM1,564) untuk varian WiFi dan varian LTE pula boleh dimiliki pada harga €390 (kira-kira RM1,848). Tablet ini akan dijual mulai 24 Ogos 2018 nanti untuk pasaran di Eropah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend