
Buat penggemar Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+, Samsung Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi warna baharu yang dikenali sebagai Sunrise Gold. Apa yang menariknya, ia merupakan peranti pertama dari Samsung yang menyokong warna emas dengan kemasan satin yang kelihatan lebih sofistikated.
Dengan permukaan panel belakang yang diperbuat daripada kaca, warna Sunrise Gold ini agak unik kerana ia mampu menghasilkan kilauan warna kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dalam warna baharu ini boleh dimiliki di semua Samsung Experience Stores, Samsung Online Store dan juga pengedar sah di seluruh negara pada harga RM3,109 (64GB) dan RM3,769 (128GB).