Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Kini Diperkenalkan Dalam Warna Merah Untuk Pasaran Di China Comments Off on Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Kini Diperkenalkan Dalam Warna Merah Untuk Pasaran Di China

Buat masa ini Samsung hanya menawarkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dalam empat warna pilihan iaitu Midnight Black, Coral Blue, Titanium Gray dan juga Lilac Purple. Nampaknya baru-baru ini Samsung telah memperkenalkan satu lagi warna baharu untuk siri tersebut dengan kemunculan warna merah.

Pendedahan ini telah dibuat melalui laman sosial Twitter yang mana memperlihatkan tiga orang selebriti dari China yang juga bertanggungjawab sebagai duta bagi warna baharu ini. Pengenalan warna merah ini sebenarnya dibuat bagi dipadankan dengan warna gincu yang ditawarkan oleh jenama mewah Yves Saint Laurent, yang mana ia turut melambangkan tuah yang baik di kalangan orang Cina.

Walaupun warna ini masih lagi belum dijual secara rasmi, tetapi harga jualannya sudah disahkan akan dikekalkan sama seperti warna sedia ada di pasaran. Malah laman rasmi Samsung di China juga dilihat telah mula mempromosikan Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dalam warna baharu ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend